Sunday, February 14, 2010

Hadis Minggu ni....

عن أبي هريره رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان الله لا ينظر الى أجسامكم ولا الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم و أعمالكم

رواه مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah(Bapa kucing) R.A (nama asalnya ialah Abdul Rahman Bin Sokhrin) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu, dan tidak juga pada wajah kamu, Akan tetapi Dia melihat kepada hati kamu dan amalan kamu”

Kesimpulan hadis:

1.Cara kita hendak mengenali Sahabat Rasulullah ialah ada pengiktirafan Radhiallahu anhu

2.takrif sahabat ada 3: 1.Orang yang sempat bertemu Rasulullah 2. Dia beriman dengan Rasulullah 3.Dia mati dalam Mukmin

3.Allah tidak melihat sebagaimana kita melihat kerana Dia adalah Kholiq dan kita adalah makhluk (sudah tentu penglihatan Allah dan penglihatan kita berbeza)

4.Kita macho, smart, cun, anggun, bergaya, ada pangkat dll semuanya tidak berharga di sisi Allah

5.Hanya hati yang ikhlas dan amalan yang mengikut syariat sahaja dipandang oleh Allah walaupun kita hina di sisi manusia, walaupun kita dipandang miskin oleh masyarakat

p/s: cuba anggap Rasulullah tujukan hadis ini pada andaِ

No comments:

Post a Comment