Sunday, January 17, 2010

Kesan hijrah

Kesan Hijrah….

Sedikit perkongsian di dalam kitab masyhur iaitu “Raheeq Al-Makhtum” karangan Syeikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri

Ketika sedang asyik mengangkat batu-bata untuk membina Masjid Nabawi Rasulullah bermadah:

“Tiada hidup kecuali penghidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin”

Baginda terus bermadah lagi:

“Inilah Pemikul, bukan Pemikul Khaibar, Inilah kerja menyanjungi Tuhan dan menyucikannya”

Para sahabat begitu ghairah dan bersemangat dalam kerja-kerja mereka dan salah seorang daripada mereka bermadah:

“Kalau nabi berkerja kita berehat ini adalah kerja yang sesat”

Kita dapat melihat beberapa kesan yang amat bermakna hasil daripada kisah penghijrahan Rasulullah S.A.W bersama dengan para sahabat….

Terbentuknya sebuah Negara Islam yang pertama di atas dunia yang sekaligus dapat menggerunkan kuasa-kuasa besar dunia..Inilah juga bukti betapa perlunya kuasa politik dan pengaruh untuk memerintah sesebuah Negara demi kepentingan Islam…seandainya tiada kerjasama dari kaum Ansar kepada Rasulullah maka sudah tentu Negara Islam yang pertama sukar diwujudkan…

Terbinanya Masjid Nabawi yang berfungsi menyatukan perpaduan umat islam tidak sebagaimana yang berlaku di Terengganu iaitu wujudnya masjid Kristal (Masjid Dhirar versi Malaysia) yang tidak lain tidak bukan dapat memecahbelahkan kesatuan umat islam..Dengan adanya kesatuan pemikiran diantara Ansar dan Muhajirin maka dakwah islam tersebar mekar di Madinah khususnya…

Bersatunya 2 kaum yang memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu pembentukan sebuah Negara islam iaitu Kaum Muhajirin dan Ansar di atas dasar satu aqidah yang sama…

Keimanan Kaum Ansar telah teruji dengan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada Kaum Muhajirin sehingga mereka sanggup menceraikan isteri tercinta untuk dikahwinkan kepada kaum Muhajirin..Kita dapat melihat bagaimana kaum Muhajirin berkorban untuk meninggalkan apa sahaja yang bernilai demi hijrah manakala kaum Ansar pula sanggup berkorban memberikan apa sahaja kepada kaum Muhajirin….

Membuktikan kita betapa pentingnya kecintaan terhadap Allah dan Rasul melebihi segala-galanya yang akan membahagiakan kita di dunia dan akhirat..Demi cinta yang agung kaum Muhajirin sanggup meninggalkan apa sahaja yang bernilai dalam hidup mereka termasuklah harta dan anak-pinak…

Perjalanan Rasulullah S.A.W ke Madinah bersama Abu Bakar As-Siddiq telah menghadapi banyak risiko ataupun ancaman untuk dibunuh oleh geng2 Quraisy tapi yang anehnya Rasulullah S.A.W tetap diselamatkan oleh Allah daripada dibunuh….Inilah bukti bahawa pergangtungan kita selaku umat islam hanyalah kepada Allah S.W.T…

Kesan hijrah juga mempamerkan kita pengaruh perjuangan islam semakin melebar ke serata dunia…menunjukkan kita bahawa pentingnya diwujudkan sebuah Negara Islam sebagai kekuatan dakwah untuk perjuangan Islam….

Hijrah jugak merupakan strategi dakwah yang telah dilakukan daripada Rasulullah S.A.W atas perintah Allah untuk mengukuhkan lagi kekuatan umat islam….wallahu’alam